WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 5 APRIL - Bot ronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 18, Tawau (DM18) telah menahan sebuah bot jongkong disyaki membawa barang kawalan tanpa dokumen yang sah.

Pengarah Maritim Daerah, Kepten (M) Romli bin Hj. Mustafa berkata, bot tersebut telah ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia di kedudukan 1 batu nautika Timur Laut Sungai Melayu semasa menjalankan operasi di kawasan perairan Tawau sehingga perairan Kalabakan.

Setelah pemeriksaan dilakukan mendapati bot jongkong tersebut membawa muatan barang kawalan tanpa dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Seorang juragan dan seorang penumpang masing- masing berumur 23 dan 48 tahun berada di atas bot dengan membawa 10 tong gas LPG berisi, 80 kotak tepung gandum, 70 kampit gula pasir dan 145 kotak minyak masak disyaki cuba untuk diseludup ke negara jiran. Jumlah anggaran keseluruhan barang-barang yang dirampas bernilai RM 14,300.

"Penangkapan ini merupakan kes yang ke lapan melibatkan kesalahan membawa barang kawalan tanpa dokumen yang sah bagi tahun 2017. Pihak Maritim Malaysia dm18 Tawau akan meningkatkan penguatkuasaan dan akan terus berkerjasama dengan KPDNKK dalam membanteras kes yang melibatkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Kesemua yang ditahan dan barang kawalan yang dirampas telah dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Tawau untuk diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

kpdnkk2 kpdnkk

Sumber/ Foto :

Staf Unit Perhubungan Awam

Daerah Maritim Tawau