WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 5 April - Bilik Operasi Maritim Malaysia, Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili telah menerima maklumat dari orang awam memaklumkan bahawa terdapat kemalangan orang jatuh laut di Selatan Sungai Rengit, Pengerang, Johor pada jam lebih kurang 11.00 pagi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi, Komander Maritim Mohammad bin Othman berkata hasil dari maklumat tersebut mangsa telah dipercayai terjatuh ke laut dan telah ditemui oleh sebuah kapal yang sedang melaui perairan tersebut. Sehubungan itu, Bot Ronda Maritim Malaysia telah pun digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan menyelamatkan kepada mangsa tersebut.

Pemeriksaan awal mendapati, mangsa tersebut merupakan nelayan kapal Tuna dan Mangsa yang dikenali Quilaton Q. Cesarimbo yang berusia 39 tahun berasal dari  Filipina. Mangsa seterusnya dibawa ke Jeti Marina dengan mengunakan bot peronda APMM dan dibawa ke Klinik Sungai Rengit dengan mengunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

Setelah pemeriksaan kesihatan dibuat mangsa diserahkan kepada Pegawai Penyiasat DM 7 untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Pengarah Operasi berpesan kepada semua para nelayan hendaklah memastikan peralatan keselamatan mencukupi dan sentiasa memakai jaket keselamatan semasa berada di laut.. Sikap ambil mudah tentang aspek keselamatan boleh mengundang kemalangan yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

17821009 1636572589706033 1207415670 n

Sumber: Unit Perhubungan Awam DM 7 Tanjung Sedili