WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 2 April – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 1 Langkawi (DM 1), berjaya menahan sebuah bot nelayan tempatan ketika beroperasi di perairan Langkawi semalam.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah, Komander Maritim Vincent A/L Rajamony berkata, lebih kurang jam 10.30 pagi, kapal peronda Maritim Malaysia yang melakukan Operasi Satria Utara telah mengesan sebuah bot pukat tunda kelas B1 sedang memukat ikan pada jarak lebih kurang 5 batu nautika dari Tanjung Belua.

“Pihak Maritim Malaysia telah menahan serta memeriksa bot berkenaan dan mendapati seramai lima orang awak-awak warga tempatan berada di dalam bot tersebut. Kes ini akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen iaitu menangkap ikan di bawah 8 batu nautika”, kata beliau.

Pihak Maritim Malaysia sentiasa melakukan rondaan dan pemantauan di sempadan dan perairan negara dari masa ke semasa untuk mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim. Justeru, Pihak Maritim Malaysia berharap semua pihak dapat bekerjasama dalam menangani isu jenayah maritim serta keselamatan di laut. Jika berlaku sebarang kejadian boleh hubungi terus melalui talian MERS 999 atau 04-9662750 (Bilik Operasi DM 1 Langkawi).

 

IMG 8749 IMG 8781 IMG 8784

 

Disediakan Oleh:

LK I (M) ALIFF AIMAN BIN MOHD JEFFRY
Staf Perhubungan Awam DM 1 Langkawi