WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 30 Mac – Mayat seoranglelaki berumur lingkungan 34 tahun ditemui terapung di bawah Jambatan Ke-2 Pulau Pinang lebih kurang jam 04.40 petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, pada jam lebih kurang jam 03.45 petang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menerima satu laporan dari Pusat Kawalan Jambatan ke-2 Pulau Pinang mengenai kelihatan satu mayat di bawah jambatan.

Sebaik menerima maklumat tersebut, sebuah bot dari Maritim Malaysia Pulau Pinang di kerahkan ke lokasi kejadian. Jabatan Bomba dan Penyelamat diiringi Maritim Malaysia telah membawa mayat mangsa dan tiba di jeti Batu Musang, Batu Kawan lebih kurang jam 05.40 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut maklumat dari Balai Polis Batu Kawan, pengesahan daripada keluarga mangsa, mayat tersebut adalah Chen Shong Huat yang disyaki terjatuh dari jambatan Pulau Pinang pertama di kilometer 3.2 Butterworth menghala ke Batu Uban pada 28 Mac lalu.

Menurut Kepten Maritim Haji Rozali lagi, orang awam di minta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan dilaut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

89d221c2-c361-4c5f-9cb3-b28c7bac4387