WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 31 Mac – Mayat seorang lelaki iaitu Hin Joo Mon berumur lingkungan 66 tahun telah ditemui terdampar di Pulau Aman oleh nelayan pd jam lebih kurang 04.00 petang semalam.

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, pada jam lebih kurang jam 01.45 petang 28 Mac lalu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang menerima satu laporan mengenai seorang lelaki berbangsa cina disyaki terjatuh dari jambatan di kilometer 3.4 Jambatan Pulau Pinang.

Sebaik menerima maklumat tersebut, Operasi Mencari dan Menyelamat(SAR) diaktifkan dan sebuah bot dari Maritim Malaysia di kerahkan ke lokasi kejadian. Mangsa masih tidak ditemui dan SAR ditangguhkan lebih kurang jam 07.30 petang kerana hujan lebat”.

Menurut Kepten Maritim Haji Rozali lagi, pada hari kedua, SAR diaktifkan pada jam 07.30 pagi dan melibatkan beberapa aset dari jabatan kerajaan yang lain selain dari Maritim Malaysia iaitu Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Namun mangsa masih belum ditemui dan SAR ditangguhkan pada jam 07.30 petang.

Pada hari ketiga, lebih kurang jam 04.00 petang, nelayan tempatan yang turut serta dalam pencarian telah menemui mayat terdampar di Pantai Pulau Aman”. Mayat mangsa telah dibawa oleh ke Jeti Batu Musang dan diserahkan kepada pihak polis lebih kurang jam 06.30 petang. Balai polis Peraimemaklumkan mayat ditemui adalah sah mangsa Hin Joo Mon (66 tahun).

"Saya menasihatkan agar komuniti maritim sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti di laut,  kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana maut tidak mengenal mangsa dan sama-samalah menghargai nyawa kita. Untuk itu diingatkan agar ditingkatkan ciri-ciri keselamatan semasa di laut.Ucapan terima kasih kepada agensi yang membantu seperti Jabatan Bomba danPenyelamat, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Nelayan tempatan dan lain-lain”.

730a74fb-35b1-4c6a-84b6-6afeaf3d58ea