WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 29 Mac – Seorang kru kapal MV Viet Thang warganegara Vietnam berumur lingkungan 44 tahun yang bekerja sebagai tukang masak telah ditemui mati oleh bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) DM2 Pulau Pinang.

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, mangsa telah dilaporkan hilang pada pagi semalam dan operasi Mencari dan Menyelamat mangsa telah diaktifkan lebih kurang jam 10.30 pagi yang melibat beberapa lagi jabatan kerajaan yang lain iaitu Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia sebelum operasi ditangguh pada jam 7.30 petang. Operasi disambung semula lebih kurang jam 7.30 pagi tadi untuk mencari mangsa yang masih hilang.

"Lebih kurang jam 11.30 pagi tadi mangsa iaitu Nguyen Tien Van warganegara Vietnam telah dijumpai oleh bot peronda Maritim Malaysia Pulau Pinang lebih kurang 9 batu nautika utara Muka Head. Mayat mangsa telah di bawa ke jeti LKIM Teluk Bahang untuk diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya."

Menurut Kepten Maritim Haji Rozali lagi, orang awam di minta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan dilaut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

4afb9142-fd03-4e9f-8558-f264b48af3a3