WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Georgetown, 2Mac -Seorang perempuan berbangsa cina warganegara Singapura mengalami stroke di atas kapal Ovation Of The Seas telah dibawa ke darat oleh bot laju Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, di Perairan Pulau Pinang, lewat petang semalam

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata,pada jam lebih kurang 07.35 petang, Pusat Operasi Daerah Maritim 2 telah menerima panggilan dari MERS 999 memaklumkan seorang penumpang mengalami stroke di atas kapal penumpang (Oviation Of The Seas) dari Pulau Pinang menuju ke Phuket, Thailand.

Sebuah bot laju milik Maritim Malaysia Pulau Pinang ditugaskan ke lokasi kapal penumpang tersebut sebaik maklumat diterima”.

Menurutnya lagi, pada jam lebih kurang 09.35 malam, mangsa Kam Ten Pon berumur lingkungan 67 tahun telah dibawa dan tiba di Jeti LKIM Teluk bahang. Mangsa diserahkan kepada pihak ambulan untuk dibawa ke Hospital Balik Pulau.

Dinasihatkan kepada semua pengusaha bot-bot tempatan harus mengambil langkah-langkah keselamatan semasa membuat aktiviti dilaut untuk mengelakkan sebarang perkara buruk yang tidak diingini. Orang ramai juga dinasihatkan untuk menghubungi Malaysian Emergency Respond System (MERS 999) atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang (24 Jam) di talian 04-2626146 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah dan kemalangan yang berlaku di perairan negara.

41f570ad-0cc5-4e10-9876-254f3d7e5305 5af65c35-2c5e-4419-823b-d2df201251c7