WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 23 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 1 Langkawi ( DM1 ) melakukan pelayaran ihsan petang  semalam bagi membawa balik jenazah kanak-kanak ke Pulau Langkawi.

Jenazah kanak-kanak tersebut, Mohd Rayyan Mikail bin Abdullah, 3 tahun, dimaklumkan telah meninggal dunia pada 22 Mac 2017, lebih kurang jam 10.38 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 1 Langkawi,  Komander Maritim Vincent A/L Rajamony berkata pihaknya telah dihubungi untuk memberi bantuan membawa balik jenazah kanak-kanak lelaki dari Kuala Kedah.

“Sejurus menerima panggilan tersebut, Daerah Maritim 1 Langkawi mengarahkan Pangkalan Maritim Kuala Kedah menghantar aset yang terlibat dalam tugas Operasi Satria Utara (OSU) untuk membawa jenazah dari Kuala Kedah ke Pulau Langkawi”.

Menurutnya jenazah kanak-kanak tersebut selamat tiba di jeti Daerah Maritim 1 pada jam lebih kurang 6.00 petang dan seterusnya dibawa ke tempat kediaman mereka di Kampung Kuah untuk dikebumikan.

Beliau menambah lagi,  APMM sedia membantu penduduk setempat walaupun  ianya berbeza dengan tugas hakiki agensi iaitu Penguatkuasaan dan Carilamat.

 

IMG 7125 IMG 7128

 

Disediakan oleh:

Unit Perhubungan Awam Daerah Maritim 1 Langkawi