WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 21 MAC - Sebuah bot nelayan Indonesia ditahan oleh kapal peronda milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia KM KIMANIS (Maritim Malaysia) Pulau Pinang lebih kurang jam 02.32 petang semalam di kedudukan 27 batu nautika barat Pulau Betong.

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, semasa kapal Maritim Malaysia sedang membuat rondaan Operasi Khas Satria Utara di kawasan tersebut kelihatan sebuah bot nelayan sedang menangkap ikan. Setelah diperiksa, seorang tekong besama tiga lagi awak-awak berada di atas bot tersebut berumur lingkungan 17 hingga 20 tahun gagal menunjukkan pengenalan diri yang sah. Kesemua mereka mengaku berasal dari Pantai Labu, Medan Indonesia.

“Bot tersebut ditahan bersama hasil tangkapan ikan anggaran seberat 150 kilogram dibawa ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk tindakan lanjut. Beberapa peralatan menangkap ikan turut di rampas”.

Kes di siasat bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 15 (1) (A) kerana melakukan kesalahan menangkap ikan tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Perikanan Malaysia dan jika sabit kesalahan tekong boleh didenda maksimum sehingga RM 1 juta dan RM 100,000 bagi setiap awak-awak.

“Maritim Malaysia beriltizam akan sentiasa  meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan undang-undang terutama di kawasan sempadan perairan negara bagi mengelak aktiviti pencerobohan haram terus berleluasa"

Menurutnya lagi, orang ramai diminta segera menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti pencerobohan nelayan asing atau kecemasan melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146.

"Peningkatan kerjasama agensi dan orang ramai terutama nelayan tempatan sekitar pulau pinang dalam memberi maklumat serta  kerjasama yang  baik kepada APMM sejak kebelakangan ini sangat dihargai".

05b470d1-5515-476f-9309-37f5e782d2c9 daa85eb6-59ce-4ca7-a50f-77c7d22845df