WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 18 Mac – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tawau telah berjaya menahan sebuah pam bot mencurigakan di perairan Tinagat, Tawau hari ini.

Pengarah Maritim Daerah (PMD), Kepten Maritim Romli bin Hj Mustafa berkata, anggota bot peronda Maritim Malaysia yang dalam menjalankan rondaan di sekitar kawasan tanggungjawab telah mengesan dan menahan pam bot mencurigakan itu pada jam lebih kurang 10.30 pagi.

"Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat seorang juragan dan empat awak- awak lelaki dewasa berbangsa Suluk berumur dalam lingkungan 17 hingga 51 tahun berada dalam pam bot tersebut tanpa sebarang dokumen yang sah. Pam bot tersebut dikatakan sedang menuju masuk ke Batu 4, Tawau dari Pulau Sitangkai, Filipina," katanya.

Kesemua individu yang ditahan dibawa masuk ke jeti Maritim Malaysia Tawau kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan pengenalan diri yang sah untuk memasuki negara ini. Jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua- duanya dan sebatan tidak lebih 6 kali.

Pihak Maritim Malaysia Tawau akan sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan perkara terbabit dapat dibenteras dan turut berharap orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat kesalahan maritim dengan menghubungi pihak Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752116 atau talian MERS 999 untuk sebarang panggilan kecemasan.

IMG 20170318 121925 IMG 20170318 122539

Sumber/ Foto :

Staf Unit Perhubungan Awam

Daerah Maritim 18 Tawau