WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 9 Mac - Bot Maritim Malaysia Daerah Maritim Tanjung Sedili (DM 7) telah menahan sebuah kapal dagang kerana bersauh tanpa kebenaran di perairan Pengerang, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj. Daud berkata, kapal MT Alpha itu dikesan bot peronda APMM yang melakukan Operasi Perkasa Selatan pada kedudukan kira-kira 3.1 Batu Nautika Tenggara Tanjung Ayam.

"Bot peronda APMM DM 7 memeriksa kapal tersebut pada jam lebih kurang 11.32 pagi dan seterusnya menahan kapal yang berdaftar di ULAANBAATAR, Mongolia itu atas kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amran berkata, Ketika pemeriksaan dilakukan, kapal berkenaan gagal mempamerkan dokumen kebenaran bersauh daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia untuk berlabuh dan gagal mengemukakan insurans Kapal bila diminta.

Katanya, pemeriksaan terhadap kapal berkenaan menemukan 9 kru warganegara Indonesia berusia lebih kurang antara 20 hingga 50 tahun dengan seorang daripada mereka dibawa ke pejabat APMM Daerah Maritim DM 7 untuk siasatan lanjut.

Amran berkata,kapal terbabit boleh didakwa mengikut Akta Perkapalan Saudagar (Pindaan Dan Perluasan) 2011 [Akta A1393] dan Seksyen 49 1B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952)  iaitu bersauh tanpa kebenaran.Jika didapati bersalah boleh di denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara dua tahun ataun kedua-duanya sekali.

”Menurutnya lagi sehingga hari ini pihak Maritim Malaysia telah berjaya menyelesaikan sebanyak 5  kes yang  berkaitan dengan kesalahan seumpama ini”.

Kita akan terus mempertingkatkan kawalan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang maritim di perairan negara bagi memastikan keselamatan kapal-kapal yang melalui perairan negara sentiasa terjamin dan mereka mematuhi undang-undang Malaysia.

mtalpha

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM7 Tanjung Sedili