WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KEDAH, 08 Mac – Sebuah bot nelayan tempatan kelas B1 telah ditahan di kedudukan 7 batu nautika Barat Kuala Kedah.
 
Bot nelayan tersebut ditahan oleh bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Pangkalan Maritim Kuala Kedah pada jam 6.30 petang semalam.
 
Pengarah Maritim Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Leftenan Komander Maritim Ahmad Kamal bin Mohd Noor berkata, hasil dari pemeriksaan yang dilakukan mendapati seorang tekong bersama dua awak-awak warganegara Malaysia berada di atas bot tersebut.
 
"Kesemua mereka berumur lingkungan 55 hingga 29 tahun dipercayai melakukan kesalahan dibawah Seksyen 8 (b), Akta Perikanan 1985 atas kesalahan melanggar syarat lesen iaitu memukat ikan kurang dari 8 batu nautika dari pantai.
 
"Bot tersebut ditahan bersama hasil tangkapan ikan anggaran seberat 150 kilogram telah dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut".katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.
 
Menurut beliau lagi pada 6 Mac yang lalu dua nelayan yang mengusahakan bot pukat rawa surong nekad melarikan diri dengan terjun ke dalam laut setelah aktiviti mereka dihidu Maritim Malaysia. Mereka dikesan melakukan aktiviti pada kedudukan kira-kira 1.2 batu nautika dari muara Kuala Kedah.
 
" Bot tersebut bersama peralatan, sebidang pukat rawa surung dan dua batang buluh yang digunakan untuk aktiviti menangkap ikan dirampas. Bot tersebut dibawa ke Jeti Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985", katanya lagi.
 
Beliau seterusnya menasihati pengusaha pengusaha bot nelayan supaya mematuhi undang-undang yang di syaratkan di dalam lesen yg diberikan. Maritim Malaysia Pangkalan Maritim Kuala Kedah akan mengambil tindakan tegas terhadap pesalah yang melanggar undang undang yg ditetapkan.
 
Beliau juga berharap kerjasama dari orang ramai supaya segera melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang maritim yang berlaku di perairan negara ini. Sebarang aduan dan kecemasan di laut boleh dilaporkan ditalian 24jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Pangkalan Kuala Kedah ditalian 04-731 0579 jelas beliau.
IMG 8787

Sumber:

Unit Perhubungan Awam Pangkalan Maritim Kuala Kedah