WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 18 Feb –  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 4 Klang (DM4) telah berjaya menahan 66 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tekong dan 2 awak-awak kesemuanya dalam disyaki cubaan keluar ke negara ini dr Perairan Sg Langat menuju Tanjung Balai, Indonesia di perairan menggunakan bot jenis barter trade semalam.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 4 Klang Negeri Selangor, Kepten Maritim Mohd Rosli bin Abdullah berkata, hasil maklumat risikan, pada jam lebih kurang 01.40 pagi bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rutin rondaan di sekitar perairan Pelabuhan Klang telah berjaya mengesan dan menahan sebuah bot barter trade yang membawa penumpang kira-kira 8.6 batu nautika dari Perairan Pelabuhan Klang.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati bot barter trade tersebut mempunyai dokumen yang mencurigakan. Pemeriksaan lanjut turut mendapati seramai 63 orang penumpang di atas bot tersebut disyaki sebagai warganegara Indonesia yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri  berumur lingkungan 21 hingga 52 tahun,” termasuk juga 12 wanita, katanya.

Kesemua mereka ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan diiringi ke Jeti Daerah Maritim 4 Klang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat  bagi membantu siasatan di bawah Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) dan seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri atau perjalanan yang sah dan bot penumpang tersebut dilepaskan.

Maritim Malaysia akan meneruskan lagi operasi bagi membendung dan membanteras PATI yang menggunakan laluan laut yang dilarang untuk keluar dan masuk ke Malaysia. Aktiviti ini bukan sahaja menyalahi undang-undang bahkan berisiko tinggi sehingga nyawa dipertaruhkan dengan membuat bayaran kepada tekong-tekong haram yang sememangnya tidak bertanggungjawab.

WhatsApp Image 2017-02-19 at 14.23.42 2 WhatsApp Image 2017-02-19 at 14.23.42 1

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM 4 Klang