WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

GEORGETOWN, 2 Mac - Seorang nelayan tempatan berbangsa Cina berumur lingkungan 77 tahun telah ditemui mati setelah dua hari Operasi Mencari dan Menyelamat dilancarkan di sini, hari ini.  

Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kepten Maritim Haji Rozali bin Mohd Said berkata, mangsa telah dilaporkan hilang dari pagi semalam dan operasi Mencari dan Menyelamat mangsa telah diaktifkan lebih kurang jam 2.45 petang semalam dan operasi ditangguh pada jam 7.30 petang. Operasi disambung semula lebih kurang jam 7.30 pagi tadi untuk mencari mangsa yang masih hilang.

"Lebih kurang jam 6.45 petang mangsa telah dijumpai oleh anaknya sendiri kira-kira 1.1 batu nautika barat Pantai Malindo. Mayat mangsa telah di bawa ke jeti nelayan Kampung Acheh, Balik Pulau untuk diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk tindakan selanjutnya."

Menurut Kepten Maritim Haji Rozali lagi, orang awam di minta agar melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan dilaut di talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146

.3626a84d-4ef2-4d48-b7f3-578d4f5b33ec 1eefbee9-7eee-4b3d-bf4f-7b623fb7990f

Sumber: Unit Perhubungan Awam DM2 Pulau Pinang