Pengarah Maritim Malaysia Kelantan, Kapten Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pusat operasinya telah menerima panggilan telefon daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut mengenai seorang anak keluarga nelayan, Qaseh Qhadeeja Phyruzal berusia setahun mengalami demam panas dan sawan yang  memerlukan rawatan segera.

Menurutnya,  bantuan pengangkutan dari Pulau Perhentian ke Klinik Kesihatan Kuala Besut perlu disediakan dalam usaha menyelamatkan bayi berkenaan.

“Kita telah menyalurkan maklumat tersebut kepada Bot Maritim Penyelamat 7 untuk melaksanakan misi pemindahan dan membawa bayi itu ke Jeti  Pangkalan Operasi Maritim Kelantan di Tok Bali.

"Bot bersama bayi terbabit tiba di Tok Bali pada pukul  6.00 pagi kemudiannya dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut diiringi ibu bapanya, Nurul Jannah Mohd. Amin, 26, dan Phyruzal Mohd Rajali, 39,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

WhatsApp Image 2017-02-28 at 11.56.54 AMWhatsApp Image 2017-02-28 at 11.57.13 AM

Sumber/Foto: LK I (M) Mohammad  Syawan bin Ahmad
                       Staf Unit Perhubungan Awam DM10 Kelantan