WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI , 27 Febuari –  Bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 7 (DM7), Tanjung Sedili  telah menahan sebuah kapal dagang yang berdaftar di Singapura kerana bersauh tanpa kebenaran pada 25 Febuari lalu.

Timbalan Pengarah Operasi DM7, Komander Maritim Sanifah bin Yusof berkata, kapal Mt Atlantic Ocean yang ditahan selepas pemeriksaan telah dilakukan pada jam 12.50 tengahari  di kedudukan lebih kurang 3.15 batu nautika Selatan Tanjung Ramunia.  

"Ini menunjukkan mereka masih berdegil dan tidak mematuhi undang-undang negara ini. Justeru, kita akan mengambil tindakan lebih tegas dengan selalu mengadakan pemeriksaan ke atas kapal-kapal yang berlabuh di perairan kita," katanya di sini.

"Kapten dan Ketua Jurutera itu dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya,"

Sanifah berkata lagi, pemilik kapal tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 491B (1)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana tiada pemakluman kepada pengarah laut berhubung sebarang aktiviti melibatkan kapal dalam perairan malaysia dan dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 iaitu gagal membayar dius api.

edit

Sumber:

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili