WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI , 24 Febuari –  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili telah menahan tiga buah kapal dalam tempoh tiga hari semasa melakukan Operasi Perkasa Selatan di perairan Johor Timur baru-baru ini.

Pengarah Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj. Daud berkata, dalam kejadian pertama pada jam lebih kurang pukul 2.25 petang, pihaknya menahan Kapal IVER AMBASSADOR di kedudukan lebih kurang 2.9 batu nautika Tenggara Tanjung Ayam.

Katanya, kapal telah dikesan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan di perairan tersebut sebelum menemui kapal yang berdaftar di Majuro itu yang sedang berlabuh dikawasan yang tidak dibenarkan serta gagal memaklumkan ketibaan kapal di perairan Malaysia dan gagal membayar dius api yang telah ditetapkan.

Katanya lagi, pemilik kapal boleh didakwa di bawah seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 iaitu berlabuh dikawasan yang tidak dibenarkan, bersauh tanpa kebenaran dari Pengarah Jabatan Laut dan gagal membayar dius api.

Pemilik kapal boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika disabit kesalahan.

"Dua buah lagi kapal yang ditahan, MT RUBY dan SUN MOON yang didaftarkan di Ulaanbaatar, Mongolia ditahan petang semalam, pada jarak lebih kurang 3.2 batu nautika Selatan Teluk Ramunia.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal berkenaan gagal mengemukakan Insurans kapal kepada Pegawai Menggeledah semasa diminta.

Katanya, kedua-dua kapal tersebut telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 361(6) Akta A1393 2011 Ordian Perkapalan Saudagar 1952.

"Kapten Kapal dan dua krew ketiga-tiga kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Tanjung Sedili dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Ini merupakan tangkapan yang keempat  dilakukan oleh APMM di Tanjung Sedili untuk tahun ini membabitkan pelanggaran undang-undang di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952," katanya.

Maritim Malaysia memandang serius perkara ini dan sentiasa meningkatkan pemantauan ke atas kapal-kapal yang bersauh diperairan ini, bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi undang-undang negara.

100 2811 edit

Sumber : 

Staf Perhubungan Awam Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili