WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA KURAU, 23 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) , Pangkalan Maritim Kuala Kurau telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat dua orang nelayan tempatan dan sebuah bot di perairan Kuala Kurau akibat kerosakan enjin, hari ini.

Pengarah Maritim Pangkalan, Lt Kdr Maritim Mohamad bin Zainal berkata, pihaknya telah menerima aduan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau memaklumkan bahawa sebuah bot nelayan mengalami kerosakkan enjin sekitar perairan Kuala Kurau lebih kurang jam 12.00 tengahari, lalu memohon bantuan pihak Maritim Malaysia.

Katanya lagi, sejurus laporan diterima sebuah bot Maritim Malaysia telah ditugaskan untuk keluar mencari nelayan yang hilang. Setelah hampir dua jam pencarian dilakukan, bot Maritim Malaysia yang diketuai oleh Bintara Muda Maritim Khusairi bin Abdul Fatah telah menemui bot tersebut pada jarak lebih kurang dua batu nautika dari Muara Kuala Kurau, Perak.

Mereka yang diselamatkan turut bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Maritim Malaysia kerana menyelamat mereka dari kejadian yang tidak diingini.

Tambahannya, nelayan-nelayan seluruh negeri Perak atau kawasan sekitarnya boleh menghubungi  bilik operasi PM3 Kuala Kurau melalui talian 05-7279919 atau MERS 999 jika berlaku kes-kes kecemasan seperti ini agar pihaknya dapat mengambil tindakan dengan pantas dan berkesan.

23 feb 2017 1 23 feb 2017 2
   

Sumber :

Unit Perhubungan Awam PM Kuala Kurau

Laskar Kanan Maritim Mustaffa Bin Mansor