WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 15 FEBUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim Kota Kinabalu telah menahan sebuah bot penumpang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 dalam Operasi OPS SEJAHTERA di sekitar perairan Kota Kinabalu, petang semalam.

Bot peronda APMM telah menahan dan memeriksa sebuah bot penumpang yang membawa enam orang penumpang warganegara China dan seorang tekong serta empat orang kru warga tempatan lingkungan umur 19 tahun hingga 57 tahun yang ingin menuju ke Gayana Eco Resort.

Pengarah Maritim Daerah 15 Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz dalam kenyataannya berkata "Bot tersebut ditahan kerana melakukan kesalahan melanggar syarat sah lesen di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 iaitu gagal melaporkan pertukaran nahkoda dan gagal mempamerkan lesen asal di atas bot". Setiap satu kesalahan dikenakan kompaun sebanyak RM1000.

Katanya lagi "Pihak Maritim Malaysia akan terus memperkukuhkan dan memperkasakan pemantauan terhadap bot-bot penumpang bagi memastikan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kes bot karam baru-baru ini yang menyebabkan banyak kehilangan nyawa".
Tambahnya lagi "Semua pengusaha dan pemilik bot penumpang diingatkan agar memastikan bot yang digunakan dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan serta dilengkapi dengan peralatan keselamatan".

Bot penumpang, tekong serta kru telah ditahan dan diiringi masuk ke Jeti APMM untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

 

SJN 01256 Z.2jpg SJN 01256 Z

 Sumber / Foto : Staf Perhubungan Awam DM15