WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SANDAKAN, 31 JANUARI - Seramai 108 orang awam telah dilantik dalam Pasukan Sukarelawan Simpanan Maritim Malaysia (PSSMM) sempena penubuhan PSSMM di peringkat negeri Sabah bagi Daerah Sandakan yang berlangsung di Pejabat Daerah Maritim Sandakan (DM 17) di sini, hari ini.

Perasmian penubuhan PSSMM yang pertama di Negeri Sabah ini telah disempurnakan oleh YBhg. Laksamana Maritim Dato’ Sri Hj Ahmad Puzi bin Hj Ab Kahar, Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Penubuhan pasukan ini di atas kelulusan Jemaah Menteri yang berperanan membantu anggota tetap Maritim Malaysia dalam mendepani cabaran semasa dan masa hadapan. Di samping itu, pasukan ini akan menyokong dan menambah lagi kekuatan sumber manusia dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan Maritim dan Operasi Mencari dan Menyelamat.

Turut hadir dalam perasmian tersebut ADUN N.44 Karamunting, YB Datuk Lt Kdr (K) Charles O Pang Su Pin, pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan kerajaan serta wakil-wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar Sandakan.

IMG 1264  IMG 1253
 IMG 1276  IMG 1299

Disediakan Oleh :

LK I (M) Ardiansyah Bin Johansyah

Staf Perhubungan Awam DM 17 Sandakan