WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 5 Feb – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Tawau telah menahan sebuah bot pelancong disyaki telah melakukan kesalahan di perairan Pulau Menampilik.

Timbalan Pengarah (Operasi), Maritim Malaysia Tawau, Komander Maritim Romli bin Hj Mustafa berkata, semasa bot ronda Maritim Malaysia menjalankan rondaan di sekitar kawasan tanggungjawab telah menahan sebuah bot pelancong pada jam 1.20 petang yang dalam perjalanan menuju ke Pulau Mabul dari Semporna.

"Pemeriksaan awal mendapati terdapat seorang juragan lelaki dewasa, berumur 30 tahun merupakan rakyat tempatan sedang membawa 6 orang lagi penumpang warganegara China. Kesemua pelancong yang diperiksa itu mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Pemeriksaan lanjut turut menjumpai 10 tong jerican minyak diesel dan 6 tong jerican minyak petrol berisi di ruang belakang bawah bot tersebut. Amalan membawa bahan bakar bersama penumpang adalah merbahaya dan boleh menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini seperti kebakaran bot dan sebagainya," katanya.

Bot pelancong tersebut telah diiring masuk ke jeti Kem Azumi untuk siasatan lanjut dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau berharap agar penduduk tempatan dapat menyalurkan sebarang maklumat menyalahi undang- undang khususnya di perairan daerah Tawau dengan menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089- 750116 atau talian bantuan kecemasan MERS 999.

Bot pelancong yg digunakan bwa bahan bakar Tong bahan bakar yg dibwa

Sumber / Foto : Staf Perhubungan Awam

Daerah Maritim 18 Tawau