25
Thu, Apr

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN MARITIM MALAYSIA DI IBU PEJABAT PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 24 APRIL – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Maritim Malaysia telah diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya, di mana seramai tiga orang Kepten Maritim menerima pemangkuan pangkat dalam majlis pagi tadi.

Mendahului senarai penerima pemangkuan pangkat bagi Kepten Maritim gred T-22 ialah Komander Maritim Amri bin A. Raof, di mana pegawai ini akan ditempatkan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Ibu Pejabat APMM, Putrajaya.

Seterusnya Komander Maritim Mohd Marmizi Bin Md Nor, pegawai ini akan ditempatkan sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Latihan Operasi Cawangan Penguatkuasaan Maritim & Latihan Operasi Bahagian Penguatkuasaan & Penyelarasan Maritim, Ibu Pejabat APMM, Putrajaya.

Bagi penerima pemangkuan pangkat yang terakhir ialah Komander Maritim Boon Chin Chau. Pegawai ini akan ditempatkan sebagai Timbalan Pengarah Operasi Negeri Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah & Wilayah Persekutuan Labuan Kota Kinabalu, Sabah.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang Menanggung Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Mohd Norzam bin Mustapa, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Menanggung Tugas Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, Timbalan Pengerusi 1, PUSPANITA Cawangan Kecil APMM, Datin Norazlita binti Hamali serta Pengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Maritim Negeri serta Pengarah AMSAS.

Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Pegawai Kanan Maritim yang diraikan.

 

WhatsApp Image 2024 04 24 at 12.32.09 PM 2   WhatsApp Image 2024 04 24 at 12.32.09 PM   WhatsApp Image 2024 04 24 at 12.32.06 PM 2   WhatsApp Image 2024 04 24 at 12.32.06 PM 1  
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON