24
Wed, Apr

OP KHAS PAGAR LAUT FASA 3 CATAT 55 KES TANGKAPAN

PUTRAJAYA, 23 April – OP KHAS PAGAR LAUT 1/2024 fasa tiga yang berakhir 16 April lalu telah mencatatkan kejayaan sebanyak 55 tangkapan melibatkan 69 kes pelbagai kesalahan.

Antara yang ditahan dalam fasa ini adalah melibatkan 37 kes di bawah Akta Perikanan 1985, tiga kes Akta Kawalan Bekalan 1961, Sembilan kes Akta Imigresen 1959/63, tiga kes Akta Kastam 1967, tujuh kes Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, 8 kes Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002, serta satu kes masing-masing dibawah Kanun Keseksaan, Akta Kawalan Padi Beras. Berdasarkan jumlah tersebut, keseluruhan tangkapan yang telah berjaya dibuat sempena OP KHAS PAGAR LAUT 1/2024 ini adalah sebanyak 121 kes dengan anggaran nilai rampasan adalah hampir RM9 juta.

Operasi berkenaan diteruskan bagi fasa empat iaitu dari 17 April sehingga 30 April dengan mengukuhkan kawalan keselamatan di laut terutamanya di setiap titik panas (hot spots) seluruh negara selepas sambutan Aidilfitri dengan menumpukan kepada semua aktiviti jenayah rentas sempadan terutama kes melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), penyeludupan kontraband serta penyeludupan barang-barang kawalan di sempadan perairan seluruh negara.

Maritim Malaysia tidak akan 'mengendurkan' kesiapsiagaan operasi pada musim perayaan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan di perairan negara supaya keselamatan dan kesejahteraan perairan negara terus terpelihara.

.

LAKSAMANA MADYA MARITIM DATUK SAIFUL LIZAN BIN IBRAHIM

PEMANGKU KETUA PENGARAH

AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON