20
Sat, Apr

LAFAZ IKRAR BEBAS RASUAH ANGGOTA DAN PEGAWAI BAHAGIAN PERISIKAN MARITIM (MIND) IBU PEJABAT PUTRAJAYA

PUTRAJAYA, 20 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sentiasa berusaha meningkatkan integriti Agensi demi menaikkan imej dan kewibawaan warganya.

Justeru, satu Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diadakan oleh Bahagian Perisikan Maritim (MIND) Ibu Pejabat Maritim Putrajaya pagi tadi.

Pelaksanaan IBR ini merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai usaha Agensi ke arah memerangi jenayah rasuah dalam perkhidmatan awam khususnya dan masyarakat amnya.

Lafaz ikrar itu diketuai oleh Leftenan Madya Maritim Mohd Azfar Bin Mohd Razab dan turut melibatkan semua pegawai dan anggota MIND diikuti sesi menandatangani dokumen IBR yang disaksikan oleh Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah.

Di akhir Majlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi menyampaikan ucapan dengan menzahirkan peringatan dan nasihat agar setiap pegawai dan anggota MIND dapat menghayati lafaz ikrar yang diucapkan dan dokumen IBR yang ditanda tangani agar dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan.

 

POK WI IKRAR

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON