19
Fri, Apr

BAWA BAHAN API TANPA PERMIT, MARITIM MALAYSIA TAHAN DUA BOT PENUMPANG

TAWAU, 20 Februari – Zon Maritim Tawau berjaya menahan dua buah bot penumpang tempatan yang membawa muatan bahan api tanpa sebarang permit dalam dua tangkapan berasingan petang semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Shahrizan bin Raman berkata, terdahulu bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan OP TIRIS dan OP PLUTO TIMUR telah berjaya mengesan sebuah bot penumpang dalam keadaan mencurigakan bergerak laju dari Perairan Tawau menuju ke Pulau Sebatik pada jam 2.10 petang.

Pemeriksaan awal ke atas bot yang ditahan di kedudukan 1.7 batu nautika utara Tanjung Saima mendapati, seorang warga tempatan berusia 25 tahun bertindak selaku juragan bot telah membawa muatan lima gelen bahan api yang disembunyikan di dalam bot itu.

Dalam pada itu, di lokasi berasingan, sebuah lagi bot penumpang telah ditahan oleh pasukan bot ronda Maritim Malaysia selepas menemukan empat gelen bahan api yang dibawa oleh seorang juragan lelaki warga tempatan berusia 32 tahun di kedudukan 0.7 batu nautika selatan Jeti CIQ,Tawau pada sekitar jam 2.30 petang hari yang sama.

Pemeriksaan dokumentasi ke atas kedua-dua bot terbabit mendapati juragan telah gagal mengemukakan sebarang permit serta lesen yang sah berkaitan barang kawalan yang dibawa.

Kedua-dua juragan, bot serta muatan ditahan sebelum dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Kesemua barangan termasuk bot kargo, enjin bot dan muatan barangan disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai melebihi RM48 ribu.

Shahrizan menjelaskan, modus operandi yang digunakan oleh juragan adalah dengan membawa bahan api dalam kuantiti yang sedikit namun secara berulang kali.

Orang ramai turut diminta membantu pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT PENUMPANG TAHAN   BOT PENUMPANG TAHAN 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON