18
Thu, Apr

HUT 19 | SAMBUTAN PERINGKAT MARITIM NEGERI SARAWAK

KUCHING, 17 Februari – Maritim Negeri Sarawak tidak ketinggalan mengadakan sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) ke-19 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan pelbagai pengisian program menarik sepanjang Februari ini.

Walaupun Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) menjadi tuan rumah lokasi sambutan HUT ke-19 di peringkat kebangsaan, namun bagi anggota Maritim Malaysia di Maritim Negeri dan Zon Maritim; tarikh keramat - 15 Februari turut diraikan dengan cara tersendiri.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus, Majlis Doa Selamat dan pengisian ceramah Israk Mikraj membuka tirai sambutan HUT-19 bagi MN sarawak.

Jelasnya, penganjuran program dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Negeri Sarawak itu diadakan bertempat di Masjid Darul Naim, Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) pada 14 Februari.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan bacaan surah yasin dan tahlil, seterusnya sesi ceramah khas yang disampaikan oleh Pegawai Dakwah Unit Latihan HIKMAH Sarawak, Ustaz Haji Sarbini Dahlan yang bertajuk 'Jejak Perjalanan Rasulullah S.A.W'.

Pada 15 Februari, satu Majlis Perbarisan Khas telah diadakan di Dewan Santubong yang dihadiri oleh seluruh warga Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak (IPMNS) yang disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi MN Sarawak, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa.

Perbarisan yang bermula pada jam 8 pagi itu dibuka dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Mohd Syahrul Ehsan bin Abdullah, seterusnya ucapan, nyanyian lagu Negaraku, Ibu Pertiwiku dan Maritim Perkasa.

Pada 17 Februari, sambutan HUT-19 MN Sarawak diteruskan dengan Hari Terbuka Kapal Maritim di Jeti Maritim Negeri Sarawak.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan acara sampingan berbentuk sukan dan riadah iaitu pertandingan memancing ‘Joran Master KOMTAS’, pertandingan E-Sukan dan terdapat juga reruai jualan, pameran kerjaya serta sesi taklimat kempen ‘preventive SAR’.

Untuk makluman kepada komuniti nelayan dan masyarakat setempat yang tinggal di bandar Kuching, pada 22 Februari nanti bertempat di Dewan Santubong IPMNS, satu Program Derma Darah akan diadakan bermula pada jam 9.00 pagi.

Diharapkan dengan penganjuran pelbagai program yang disusun sempena sambutan Hari Ulang Tahun ke-19 Maritim Malaysia yang bertemakan 'Maritim Perkasa Melestarikan Madani' pada kali ini bakal mencapai objektif seperti yang diharapkan.

 

MN SARAWAK HUT19 2   MN SARAWAK HUT19 4   MN SARAWAK HUT19 5   MN SARAWAK HUT19 6
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON