29
Fri, Mar

HUT 19 | LAWATAN PENDEDAHAN PASKAM UniMAP di AMSAS

KUANTAN, 14 Februari – Bersempena dengan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-19 Maritim Malaysia yang disambut esok, seramai 24 mahasiswa dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menganggotai Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) telah dijemput bagi terlibat dalam Istiadat Perbarisan HUT ke-19.

Selain daripada menghadiri sambutan HUT ke-19, kesemua mahasiswa telah diberikan pendedahan komprehensif dengan di bawa melawat fasiliti serta kemudahan yang terdapat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS).

Antara pengisian lawatan ialah melawat Pusat Selam AMSAS, lawatan ke Malaysia Mission Control Centre (MyMCC), lawatan ke Lapang Sasar Tertutup dan beberapa lagi kemudahan yang tersedia.

Lawatan yang diadakan itu antara tujuannya ialah memupuk minat Kadet PASKAM dalam aktiviti menyelam dan CARILAMAT, memberi pendedahkan mengenai isyarat sewaktu kecemasan dan mengetahui tentang peralatan yang digunakan semasa kecemasan di laut serta pendedahan berkaitan penggunaan senjata api kecil serta keselamatannya.

Seramai empat Pegawai termasuk Anggota penyelaras dan penyelia PASKAM UniMAP daripada Zon Maritim Kuala Perlis turut hadir dan terlibat dengan diketuai oleh Pegawai Penyelaras, Leftenan Maritim Mohamad Zaimi bin Yakub.

 

PASKAM UNIMAP 2   PASKAM UNIMAP 4   PASKAM UNIMAP 6   PASKAM UNIMAP 7

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON