23
Tue, Apr

HUT 19 | MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN PERTANDINGAN NASYID MARITIM MALAYSIA

KUANTAN, 13 Februari – Majlis Tilawah Al Quran dan Pertandingan Nasyid sempena Sambutan hari ulang tahun (HUT) Ke-19 Maritim Malaysia telah berlangsung petang tadi di Auditorium Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan Pahang.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim telah merasmikan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Datuk Md Fauzi Othman serta Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Muda Maritim Mohd Rosli Abdullah.

Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful dalam ucapannya berkata, penganjuran program ini adalah untuk memantapkan kemahiran membaca Al-Quran dalam kalangan anggota dan pegawai Maritim Malaysia serta menimbulkan kesedaran untuk menghayati maksud yang terkandung dalam mukjizat junjungan besar Nabi Muhammad SAW itu secara tidak langsung menghidupkan semula amalan membaca Al-Quran menjelang bulan puasa (Ramadan) yang akan tiba tidak lama lagi.

Seramai 36 peserta dalam kalangan anggota dan pegawai Maritim Malaysia mengambil bahagian untuk Majlis Tilawah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid tahun ini mewakili enam Wilayah Maritim.

Qari yang mewakili Wilayah Maritim Timur, Laskar Kanan Maritim Muhammad Shawal bin Ibrahim telah memenangi kategori Tilawah Al-Quran pada tahun ini dengan membawa pulang wang tunai, sijil penghargaan serta hadiah iringan.

Lebih manis Pertandingan Nasyid juga dimenangi oleh Wakil Wilayah Maritim Timur dengan membawakan lagu bertajuk 'Tuhan' yang dipopularkan oleh Wali Band selain lagu wajib iaitu 'Sunnah Orang Berjuang' (Lagu asal kumpulan Hijjaz).

Selain Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid, Program Bacaan Yassin dan Doa Selamat turut diadakan sempena HUT ke-19 di Masjid Al- Mustaghfirin Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) esok.

 

TILAWAH MARITIM   TILAWAH MARITIM 2   TILAWAH MARITIM 3   TILAWAH MARITIM 5
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON