19
Fri, Apr

RAMPASAN 32 SET BUBU NAGA DI PERAIRAN NEGERI PERAK

LUMUT, 9 Februari – Maritim Negeri Perak merampas 32 set bubu naga atau bubu kambang (China Prawn Net Trap) di kedudukan sekitar 0.2 batu nautika tenggara Kampung Baharu, Perak pada jam 12.45 tengah hari, semalam.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup memaklumkan, bubu yang berukuran 10 meter panjang setiap satu itu dipasang secara berangkai telah ditemukan pasukan bot ronda Maritim Malaysia ketika melaksanakan OP SAYONG / OP PINTAS / OP TANJUNG dan OP TIRIS.

Tinjauan secara dekat oleh anggota bot ronda mengesahkan pelampung itu dijadikan sebagai penanda lokasi bubu naga yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesemua bubu naga yang ditemukan itu dianggarkan bernilai lebih dua ribu ringgit dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Pemilik bubu naga boleh didakwa di bawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika sabit kesalahan, individu berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 02 09 at 8.47.51 AM   WhatsApp Image 2024 02 09 at 8.47.50 AM   WhatsApp Image 2024 02 09 at 8.47.50 AM 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON