24
Wed, Apr

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA BOT NELAYAN BERSAMA 8 KRU WARGA ASING

LUMUT, 8 Februari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menahan dua bot nelayan tempatan kelas B1 dan C kerana melakukan pelbagai kesalahan bersama lapan nelayan warga asing termasuk tekong dan kru di kedudukan 7 batu nautika Tenggara Pulau Jarak, Perak kira-kira pukul 9.41 pagi dan 10.17 pagi, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup berkata, kedua-dua bot terbabit dikesan sedang leka melakukan aktiviti perikanan oleh KM NYALAU ketika melakukan rondaan menerusi OP SAYONG, OP TANJUNG dan OP TIRIS di sekitar perairan negeri Perak.

Pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot berkenaan dikendalikan oleh dua tekong warga Myanmar bersama enam kru warga Myanmar berumur dalam lingkungan 20 hingga 37 tahun.

Pemeriksaan lanjut mendapati, seorang tekong dan enam kru warga Myanmar lain gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah, gagal mengemukakan dokumen kebenaran penggunaan kru warga asing daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, pemilik bot tidak mengusahakan sendiri bot terbabit dan tiada surat kelulusan penggunaan peralatan komunikasi.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan kira-kira 600 kilogram ikan campur di atas kedua-dua bot berkenaan.

Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia tanpa dokumen pengenalan diri yang sah, Akta Perikanan 1985 kerana menggunakan kru warga asing tanpa kebenaran, melanggar syarat dalam lesen yang dikeluarkan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana tidak mempunyai kelulusan penggunaaan radar dan peranti.

Kesemua nelayan ditahan, manakala bot, hasil tangkapan dan peralatan menangkap ikan dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menegaskan agar komuniti maritim sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi mengenakan tindakan ke atas pesalah yang melakukan aktiviti menyalahi undang-undang.

Sebarang laporan, aduan dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Maritim Malaysia di talian Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-6838737) atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 02 08 at 4.39.57 PM 2   WhatsApp Image 2024 02 08 at 4.39.58 PM   WhatsApp Image 2024 02 08 at 4.40.00 PM   WhatsApp Image 2024 02 08 at 4.39.58 PM 1
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON