19
Fri, Apr

KAPAL KARGO DITAHAN, BERSAUH TANPA KEBENARAN

MERSING, 8 Februari – Dua vesel jenis kapal kargo telah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Mersing kerana bersauh tanpa kebenaran di kedudukan 7.3 batu nautika barat laut Pulau Pemanggil pada lewat petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin berkata, kapal yang berdaftar dari negara jiran itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin dalam Op Jaksa dan Op Tiris di sekitar perairan Mersing.

Jelas beliau, pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda tidak memaklumkan ketibaan dan gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal memaklumkan ketibaan dan berlabuh tanpa kebenaran dari Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pemeriksaan lanjut turut mendapati kedua-dua kapal masing-masing dikendalikan oleh seorang nakhoda dibantu 12 kru kesemuanya warganegara Vietnam dan seorang nakhoda dibantu 11 kru kesemuanya juga warganegara Vietnam. Nakhoda dan ketua jurutera kapal ditahan dan dibawa ke Zon Maritim Mersing untuk tindakan siasatan seterusnya.

Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dan sentiasa komited dalam meneruskan pengoperasian serta rondaan di sepanjang Zon Maritim Malaysia (ZMM) bagi mengekang aktiviti haram di perairan negara.

Pihak Zon Maritim Mersing mengalu-alukan orang ramai bagi melaporkan sebarang aktiviti jenayah atau kecemasan di laut melalui saluran ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Johor di talian 07-219 9404.

 

KAPAL KARGO LABUH

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON