25
Thu, Apr

TANGKAP IKAN GUNA KAEDAH YANG DILARANG, BOT FIBER DITAHAN

KUALA PERLIS, 4 Februari – Sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis kerana melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan kaedah yang dilarang di kedudukan sekitar 1.19 batu nautika dari barat daya Sungai Padang, Perlis sekitar pukul 8.10 pagi semalam.

Dalam kejadian berkenaan, bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis yang sedang melakukan rondaan Op Aman dan Op Tiris 3.0 di perairan Perlis telah menghampiri bot berkenaan setelah mendapati bot berkenaan sedang leka menjalankan aktiviti menangkap ikan.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, hasil pemeriksaan mendapati, bot terbabit berpengkalan di Sungai Padang, Perlis sedang melakukan aktiviti menangkap ikan dengan menggunakan pukat rawa sorong yang dikemudikan tekong dan seorang awak-awak warga tempatan berumur 26 dan 27 tahun.

Jelas beliau lagi, bot fiber dan hasil laut dianggarkan bernilai hampir RM17,000 bersama-sama dua Orang Yang DiSyaki (OYDS) dibawa masuk ke Jeti Operasi Zon Maritim Kuala Perlis, Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (a) iaitu mana-mana orang yang mengusahakan apa-apa aktiviti penangkapan ikan, mengendali, atau membenar dikendalikan, di perairan perikanan Malaysia apa-apa vesel penangkapan ikan tempatan bagi maksud menangkap ikan tanpa lesen yang sah dan Seksyen 11 (3) (c) iaitu memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan.

Maritim Malaysia juga meminta kerjasama daripada orang ramai supaya segera melaporkan sebarang kes penyeludupan dan jenayah maritim yang berlaku di perairan negeri ini.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian MERS 999.

 

KEDAH PERLIS IKAN
 
KEDAH PERLIS IKAN 3
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON