25
Thu, Apr

MARITIM NEGERI PERAK RAMPAS 13 GUNI BENIH KERANG

LUMUT, 3 Februari – Maritim Negeri Perak merampas 13 guni benih kerang di persisiran pantai Tanjung Kepah, Lekir Perak pada sekitar jam 12.15 tengah malam tadi.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup memaklumkan, kejayaan rampasan ini adalah hasil maklumat risikan, intipan dan pemantauan berterusan berikutan terdapat sindiket tempatan yang sedang giat melakukan aktiviti mencuri benih kerang di sekitar perairan negeri Perak.

Maritim Negeri Perak telah mengatur gerak aset laut berserta pasukan operasi ke lokasi bagi melakukan pemantauan dan pengawasan di lokasi berkenaan serta telah mengesan dua orang suspek bersama sebuah bot gentian kaca yang mencurigakan berada di persisiran pantai untuk mengambil benih kerang yang ditinggalkan tersebut.

Namun, sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, mereka bertindak melarikan diri.

Setiba di lokasi, pasukan operasi menemukan 13 guni berwarna putih yang ditinggalkan berhampiran lokasi bot suspek.

Hasil pemeriksaan lanjut pasukan penggeledahan Maritim Malaysia mendapati kesemua guni putih terbabit menemukan benih kerang dengan anggaran berat sebanyak 390 kilogram dan bernilai hampir lima ribu ringgit.

Kesemua telah dirampas sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan (Peraturan-peraturan Perikanan Pemuliharaan Kultur Kerang 2002) iaitu larangan menjual benih kerang tanpa lesen.

Sebarang pelanggaran undang-undang maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Perak (05-6838737) untuk tindakan segera.

 

KERANG PERAK
 
KERANG PERAK 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON