24
Wed, Apr

MENANGKAP IKAN DI ZON LARANGAN, BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN

BINTULU, 2 Februari – Zon  Maritim  Bintulu  menahan  sebuah  bot  nelayan  tempatan  (BNT)  yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di luar zon yang dibenarkan iaitu di kedudukan sekitar 2.95 batu nautika Barat Tanjung Payung, Bintulu sekitar jam 7.20 pagi pada 31 Februari (Rabu).

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan berkata, semasa aset Maritim Malaysia melaksanakan operasi pemantauan sebuah BNT kelas C dalam keadaan mencurigakan dikesan sedang leka melakukan aktiviti perikanan.

BNT itu ditahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai serta menggunakan peralatan perikanan yang tidak dibenarkan seperti yang termaktub dalam syarat lesen.

Selain itu BNT tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah semasa pemeriksaan dilakukan.

Hasil pemeriksaan dan penggeledahan   mendapati, empat   kru termasuk tekong adalah lelaki warga Indonesia, berumur dalam lingkungan 27 hingga 54 tahun berada di atas bot ketika ditahan.

Kesemua kru bersama bot diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Ini merupakan tangkapan kedua di Sarawak dalam bulan ini melibatkan bot nelayan tempatan yang melanggar syarat lesen iaitu menangkap ikan di luar zon perikanan yang dibenarkan.

Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254 / Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544) atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

WhatsApp Image 2024 02 02 at 8.25.31 AM
 
 WhatsApp Image 2024 02 02 at 8.25.33 AM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON