28
Thu, Mar

LEBIH 100 PENDATANG ASING TANPA IZIN DITAHAN DALAM OPERASI BERSEPADU

PASIR PUTEH, 2 Februari – Maritim Negeri Kelantan telah melaksanakan Operasi Bersepadu bersama Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Kelantan  dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Kelantan dalam usaha membasmi kehadiran pekerja warga asing tanpa izin dan mengekang penyalahgunaan dadah di kalangan komuniti maritim setempat.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, operasi bersepadu ini dilaksanakan berdasarkan hasil maklumat Unit Risik Maritim Negeri Kelantan yang mendapati terdapat penambahan jumlah yang mencurigakan di kalangan nelayan-nelayan warganegara asing yang bekerja di bot zon C dan C2 di sekitar kawasan Semerak amnya danTokBali khususnya.

Operasi bersepadu yang melibatkan seramai 78 pegawai dan anggota penguatkuasa itu tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang berkaitan Akta APMM2004, Akta Imigresen 1959/63, Akta Perikanan 1985 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 di kawasan jeti-jeti utama bot-bot nelayan jenis pukat tunda dan pukat jerut berlabuh. Antara bot nelayan yang diperiksa melibatkan bot zon C dan C2 yang menggaji pekerja warganegara asing khususnya dari Vietnam, Thailand dan Myanmar.

Operasi yang tamat pada jam kira-kira 5.00 pagi itu berjaya menahan seramai 100 warganegara asing dari Vietnam, Thailand, Myanmar, Kemboja serta Laos kerana disyaki melakukan kesalahan diabawah Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada dan bekerja di Malaysia tanpa dokumen atau permit yang sah. Manakala 11 lagi nelayan terdiri dari warganegara Thailand dan Kemboja turut ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki menyalahgunakan dadah.

Kesemua suspek ditahan dan diiringi ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Negeri Kelantan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Maritim Negeri Kelantan, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Imigresen Negeri Kelantan (JIM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Kelantan (AADK) diatas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam melaksanakan Operasi Bersepadu ini dalam membanteras pelanggaran undang-undang dan aktiviti jenayah di kalangan komuniti maritim di negeri Kelantan. Diharapkan operasi seperti ini lebih banyak dapat dilaksanakan dimasa hadapan.

 

PATI OP BERSEPADU 3 
 
 PATI OP BERSEPADU 2

 

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON