19
Fri, Apr

MARITIM MALAYSIA KOMITED TINGKAT KESELAMATAN PERAIRAN SARAWAK

KUCHING, 2 Februari – Pegawai dan anggota Maritim Negeri Sarawak diingatkan untuk terus memberikan komitmen yang terbaik bagi setiap tugasan yang telah diamanahkan oleh agensi ini sama ada melalui operasi, rondaan mahupun pengawasan dalam usaha meningkatkan keselamatan dan ketenteraman perairan Sarawak.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman bin Md Yunus berkata, harapan ini disandarkan kepada semua warga Maritim Negeri Sarawak memandangkan kawasan perairan di negeri berkenaan berada dalam zon Laut China Selatan yang sentiasa menjadi tumpuan sama ada dari segi keselamatan sempadan negara atau sumber asli maritim.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah (Logistik) Maritim Negeri Sarawak di antara Leftenan Komander Maritim Mohd Firdaus bin Jaafar dan Leftenan Maritim Ts. Muhammad Syafiq bin Harun di Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) di sini semalam.

Turut hadir dalam majlis berkenaan pegawai memerintah kapal, pegawai-pegawai kanan, anggota lain-lain pangkat dan pegawai gunasama Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak.

Dalam perkembangan berasingan, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengadakan lawatan ke Bukit Nyabau bagi melihat kesesuaian tapak cadangan lokasi Remote Sensor Site (RSS) bagi Sistem Pengawasan Maritim Laut (SWASLA) Sarawak baru-baru ini.

Beliau yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) berpuas hati dengan lokasi yang dicadangkan kerana ia berada di kawasan strategik selain faktor bentuk muka bumi yang terletak pada ketinggian 116-meter dari paras laut.

Berdasarkan kepada lokasi cadangan berkenaan, Maritim Malaysia menjangkakan SWASLA yang akan dibina ini bakal meningkatkan keupayaan pengawasan di zon maritim Sarawak khususnya di perairan Bintulu.

Turut hadir pada sesi lawatan berkenaan Ketua Cawangan C4ISR BKPM, Kepten Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali serta Timbalan Pengarah (Pengurusan) Zon Maritim Bintulu, Encik Timothy Alexander.

 

WhatsApp Image 2024 02 02 at 9.01.49 AM 1

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON