19
Fri, Apr

BOT GENTIAN KACA BERSAMA KETULAN KRISTAL DISYAKI DADAH DITAHAN

KUANTAN, 28 Januari – Maritim Negeri Pahang telah menahan sebuah bot bersama lapan paket plastik lut sinar berisi serbuk ketulan kristal disyaki dadah merbahaya jenis Methamphetamine di kedudukan kira-kira 2.8 batu nautika barat daya Kuala Kuantan 25 Januari lalu.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh berkata, pasukan bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin di perairan Kuantan telah mengesan sebuah bot jenis gentian kaca tanpa nombor pendaftaran sedang bergerak dalam keadaan yang mencurigakan menuju masuk ke arah Sungai Kuantan.

Menyedari kehadiran anggota Maritim Malaysia, pemandu bot iaitu seorang lelaki telah bertindak memecut laju menuju ke kawasan pokok bakau berhampiran Pulau Biawak dan melarikan diri meninggalkan bot.

Hasil pemeriksaan menemukan wang tunai sebanyak RM198, sebuah telefon peribadi serta beberapa dokumen pengenalan diri yang mencurigakan.

Pemeriksaan lanjut di atas bot telah menjumpai sebuah kotak tempat simpanan plastik berwarna hitam penutup kelabu, sebungkus plastik lutsinar mengandungi penyedut minuman warna biru dan sebungkus plastik lutsinar di dalamnya terdapat lapan paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal yang dianggarkan bernilai RM20 ribu disyaki dadah jenis Methamphetamine.

Bot beserta barangan rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM50 ribu itu telah diserahkan kepada pengawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

DADAH KUANTAN
 
DADAH KUANTAN 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON