28
Thu, Mar

PASIR PUTEH, 23 Januari – Maritim Negeri Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat semalam bertempat di dataran pejabat Maritim Negeri Kelantan.

Majlis pemakaian pangkat yang melibatkan tiga orang Pegawai dan seorang Pegawai Lain-lain Pangkat Penguatkuasa Maritim telah disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi bersama Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin.

Turut diadakan ialah Anugerah Kapal dan Bot terbaik serta anugerah Bintara Teknikal terbaik Maritim Negeri Kelantan bagi tahun 2023. Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada semua anggota yang bakal bertukar keluar.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan didalam ucapan beliau menekankan agar setiap warga Maritim Negeri Kelantan sentiasa meningkatkan disiplin dan mengamalkan prinsip kepimpinan yang terbaik. Tambahnya, kepimpinan yang baik tidak hanya mempengaruhi kehidupan individu, tetapi turut menjadi faktor utama sesuatu organisasi itu dapat bertahan dan menjalankan fungsi dan tanggungjawabnya dengan sempurna.

 Majlis diakhiri dengan serah terima tugas Pegawai Memerintah KM Amanah yang disaksikan oleh beliau bersama para pegawai Maritim Negeri Kelantan yang diadakan di bilik mesyuarat utama Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan.

 

 WhatsApp Image 2024 01 22 at 12.44.59 PM 1  WhatsApp Image 2024 01 22 at 12.45.00 PM 2
 WhatsApp Image 2024 01 22 at 12.45.01 PM 2  WhatsApp Image 2024 01 22 at 12.45.01 PM
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON