23
Tue, Apr

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA MENGADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 22 Januari  – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Dato’ Seri Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pagi tadi.

Pada pertemuan hampir sejam itu menyaksikan kedua-dua pihak berbincang berkaitan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan bersama dalam menangani isu ketirisan sumber perikanan akibat pencerobohan bot nelayan asing terutamanya di perairan Negeri Terengganu.

Terdahulu pada pertemuan yang sama, Dato’ Seri Tengku Farok Hussin turut memberikan komitmen untuk membantu Maritim Malaysia mempromosikan peranan dan tanggungjawab Agensi melalui program yang bakal dianjurkan di Negeri ini.

Turut hadir, Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Khairulanuar Abd Majid @ Razali, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Faridah Shuib serta Pengerusi Koperasi Maritim Berhad, Laksamana Madya Maritim (Bersara) Datuk Haji Ibrahim Haji Mohamed.

 

WhatsApp Image 2024 01 22 at 3.02.35 PM 1   WhatsApp Image 2024 01 22 at 3.02.38 PM 1   WhatsApp Image 2024 01 22 at 3.02.38 PM 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON