19
Fri, Apr

LANGGAR SYARAT LESEN DAN TIADA DOKUMEN PENGENALAN DIRI, TUJUH WARGA MYANMAR DITAHAN

PELABUHAN KLANG, 17 Januari – Gagal mengemukakan permit kerja yang sah atau sebarang dokumen kebenaran bekerja di atas bot, Maritim Negeri Selangor telah menahan tujuh warga Myanmar ketika leka menangkap ikan di sekitar perairan Sabak Bernam dan Sekinchan, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot nelayan kelas B1 dan kelas A itu dikesan pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang terlibat dalam OP EHSAN, OP MURNI, OP TIRIS dan OP SAKAU dalam keadaan yang mencurigakan di kedudukan lapan batu nautika Barat Tanjung Sauh, Sabak Bernam dan 3.0 batu nautika dari Muara Sungai Sekinchan, Selangor.

Hasil pemeriksaan awal pasukan Maritim Malaysia mendapati, bot nelayan kelas B1 itu dikendalikan empat warga Myanmar berumur dalam lingkungan 43 hingga 54 tahun bersama hasil tangkapan seberat 10 kilogram manakala bot kelas A dikendalikan tiga warga Myanmar berumur 29 tahun hingga 41 tahun bersama satu set pukat hanyut.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, kedua - dua bot nelayan berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu menggunakan warga asing dan melakukan aktiviti menangkap ikan di luar kawasan yang ditetapkan serta tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah di bawah Akta Imigresen 1959/1963.

Hasil soal siasat mendapati, kesemua suspek dibayar gaji bulanan sebanyak RM1 ribu dengan komisyen tambahan mengikut jumlah hasil tangkapan.

Kesemua kru, bot dan hasil perikanan dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

SYARAT LESEN KLANG 2   SYARAT LESEN KLANG 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON