24
Wed, Apr

KAPAL DAGANG DITAHAN KERANA BERSAUH SECARA HARAM

BATU PAHAT, 6 Januari – Sebuah kapal dagang telah ditahan Zon Maritim Batu Pahat kerana bersauh secara haram di perairan Batu Pahat malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohd Haniff bin Mohd Yunus berkata, kapal dagang yang berdaftar dari Majuro itu ditahan bot ronda Maritim Malaysia pada jam 9.30 malam di kedudukan 5.6 batu nautika barat daya Tanjung Tohor setelah nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh ketika pemeriksaan.

Kapal itu dikendalikan oleh 19 orang kru termasuk nakhoda terdiri daripada warga Ukraine dan Filipina yang berumur di antara 27 hingga 53 tahun.

Kesemua mereka mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.

Kapal dagang itu membawa muatan beras import sebanyak 1,500 tan metrik yang dalam perjalanan dari negara China menuju ke Turkiye.

Kes disiasat di bawah Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Laut Malaysia yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100 ribu atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Maritim Malaysia terus komited dan ingin menegaskan kepada pemilik, pengusaha perkapalan serta nakhoda kapal supaya sentiasa memastikan segala prosedur dan peraturan yang ditetapkan dipatuhi kerana tindakan akan diambil tanpa kompromi dengan mana-mana pihak dalam usaha membanteras aktiviti berlabuh secara haram ini.

 

DAGANG B PAHAT

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON