19
Fri, Apr

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2024 OLEH KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 2 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mencatatkan prestasi cemerlang pada tahun 2023 dengan jumlah 14,980 hari menjalankan operasi di laut justeru mencapai Indikator Pencapaian Utama (KPI) yang disasarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Haji Mohd Amin berkata, sepanjang tahun 2023, Maritim Malaysia telah melakukan 180 ribu pemeriksaan (voice, sighting, radar) dan 43,676 penggeledahan di mana telah menghasilkan 1,211 tangkapan atau rampasan di atas pelbagai kesalahan.

“Pada tahun 2023, sebanyak 167 tangkapan telah dibuat berdasarkan maklumat perisikan iaitu 14 peratus daripada tangkapan keseluruhan Maritim Malaysia dengan anggaran nilai keseluruhan melebihi RM38 juta,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 siang tadi.

Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 itu telah disampaikan di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya yang dihadiri oleh 150 orang pegawai dan anggota serta kakitangan gunasama Agensi yang juga boleh disaksikan secara dalam talian oleh warga Maritim Negeri dan Zon Maritim di seluruh negara.

Dalam amanat beliau, Laksamana Maritim Datuk Hamid menegaskan tiga teras yang akan menjadi fokus Maritim Malaysia bagi tahun ini iaitu – Integriti, Operasi dan Ilmu atau singkatannya I.O.I .

Tambahnya, teras-teras ini perlu disematkan dan dijadikan panduan serta fokus bagi pelaksanaan proses kerja oleh semua warga Maritim Malaysia agar tiga teras ini menjadi inisiatif strategi bahagian maisng-masing dalam menetapkan sasaran kerja utama bagi tahun 2024.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga Maritim Malaysia di atas jasa bakti bagi memartabatkan agensi sehingga berada pada tahap sekarang.

 

WhatsApp Image 2024 01 02 at 3.24.49 PM   WhatsApp Image 2024 01 02 at 3.24.51 PM 1   WhatsApp Image 2024 01 02 at 3.24.52 PM 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON