24
Wed, Apr

PEGAWAI MARITIM MALAYSIA DIPERAKUKAN SEBAGAI TEKNOLOGIS PROFESIONAL

PUTRAJAYA, 22 Disember – Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menzahirkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada Penolong Pengarah Cawangan Prasarana dan Infrastruktur, Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Leftenan Madya Maritim Ts. Razis bin Yunus yang telah diperakui sebagai Teknologis Profesional pada 19 Disember lalu oleh Lembaga Teknologis Malaysia (MBoT).

Beliau yang menyertai Maritim Malaysia pada Januari 2014 merupakan siswazah jurusan Diploma Ukur Bahan pada tahun 2008 dan seterusnya Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan (kepujian) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada tahun 2010.

Lebih membanggakan, Leftenan Madya Maritim Ts Razis juga merupakan ahli siswazah yang diiktiraf sebagai Juruukur Bahan Provisional (PVQS) oleh Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (BQSM) mulai 10 Mac 2023.

Beliau kemudiannya mendaftar sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dalam bidang Building & Construction Technology (BC) dan melalui penilaian profesional MBoT sehingga melayakkan beliau diberi pengiktirafan itu.

Dalam pada itu, ucapan tahniah juga diberikan kepada Leftenan Madya Maritim Ts. Muhammad Syafiq bin Harun.

Leftenan Madya Maritim Ts. Muhammad Syafiq merupakan pegawai logistik dan sedang berkhidmat di Seksyen Logistik Maritim Negeri Sarawak.

Beliau sebelum ini merupakan siswazah jurusan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2011.

Beliau kemudianya mendaftar sebagai Teknologis Profesional (Ts.) dalam bidang Maritime Technology (Marine Engineering) dan melalui penilaian profesional MBoT sehingga melayakkan beliau diberi pengiktirafan itu.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada beliau atas kejayaan ini.

 

SYAFIQ service dress
 
IMG 9363
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON