28
Thu, Mar

RAMPASAN MINUMAN KERAS BERNILAI HAMPIR RM 100 RIBU DI LABUAN

LABUAN, 12 Disember – Minuman keras pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai hampir RM100 ribu dipercayai cuba diseludup keluar dari Labuan telah berjaya dirampas Zon Maritim Labuan di kedudukan 0.21 batu nautika tenggara Tanjung Klias, Menumbok, Sabah pada sekitar jam 12.40 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Izwanhadi bin Idros berkata, menerusi rondaan operasi OP SEJAHTERA 1/2022, OP KUDA LAUT 2/2020 dan OP TIRIS 2.0, Maritim Malaysia telah mengesan sebuah bot yang bergerak dalam keadaan mencurigakan menghala ke arah Menumbok, Sabah kira-kira pada jam 12.30 pagi.

Ketika menghampiri bot terbabit untuk pemeriksaan, tekong bot berjaya nmeloloskan diri dengan terjun ke laut dan seterusnya berenangt ke hutan paya bakau berhampiran.

Pemeriksaan lanjut ke atas bot tanpa nombor pendaftaran itu telah menemukan sejumlah 5,472 tin minuman keras pelbagai jenama dipercayai dibawa secara haram dan diseludup keluar dari Labuan untuk pasaran tempatan.

Bot bersama kesemua barang rampasan dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana membawa keluar minuman keras tanpa cukai melebihi jumlah yang dibenarkan.

Izwanhadi menegaskan, usaha mengesan serta memburu dalang serta suspek akan diteruskan bagi memastikan pelaku jenayah dikenakan tindakan undang-undang dan Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melakukan aktiviti jenayah di laut.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai aktiviti yang mencurigakan, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-453777 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

ARAK LABUAN 2
 
ARAK LABUAN
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON