19
Fri, Apr

BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, LANGGAR SYARAT LESEN

KUALA PERLIS, 12 Disember – Sebuah bot nelayan tempatan (BNT) Kelas C ditahan Zon Maritim Kuala Perlis kerana disyaki melanggar syarat lesen di kedudukan 1.97 batu nautika dari barat daya Pulau Timun, Langkawi malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, bot ronda Zon Maritim Kuala Perlis yang sedang melakukan rondaan rutin OP AMAN / OP TIRIS 2.0 di perairan Perlis telah merapat pada bot yang dalam keadaan mencurigakan itu.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim bin Mat Zain berkata, hasil pemeriksaan mendapati, bot yang berpengkalan di Pulau Langkawi itu dikemudikan oleh tekong dan tiga orang awak-awak warga tempatan berumur antara 49 hingga 59 tahun.

Bot dan pukat dianggarkan bernilai lebih RM100 ribu bersama empat orang yang disyaki (OYDS) dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Seksyen 8 (b) kerana disyaki melanggar syarat lesen yang dikeluarkan terhadap vesel itu.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162 serta talian MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT NELAYAN C 3   BOT NELAYAN C 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON