25
Thu, Apr

MARITIM NEGERI KELANTAN | MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN, PEMAKAIAN PANGKAT DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PEKERJA CONTOH

PASIR PUTEH, 12 Disember – Maritim Negeri Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pemakaian Pangkat untuk warga Ibu Pejabat Maritim Negeri itu.

Seramai tiga anggota diberikan pemangkuan pangkat dari Laskar Kelas II Maritim ke Laskar Kelas I Maritim dan dua anggota menerima Anugerah Pekerja Contoh Maritim Negeri Kelantan yang disempurnakan oleh Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua anggota yang telah diberikan pemangkuan pangkat dan penerima Anugerah Pekerja Contoh pada bulan ini.

Beliau berharap anugerah dan kenaikan pangkat yang diberikan itu menjadi pemangkin dan penyuntik semangat kepada semua anggota dalam melaksanakan tugas dan amanah dengan penuh berintegriti.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Maritim Negeri Kelantan di atas prestasi operasi dan pengurusan yang cemerlang sepanjang tahun ini dan berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

Nasihatnya kepada seluruh warga Maritim Negeri Kelantan, sentiasa bersikap terbuka dan berlapang dada dalam menerima teguran dan kritikan sebagai pembakar semangat bagi meningkatkan prestasi kerja dari semasa ke semasa.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri Kelantan, Komander Maritim Khairun Dalilah binti Baharin dan Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Kelantan, Encik Mohd Razali bin Mohd Daud.

 

WhatsApp Image 2023 12 12 at 3.30.39 PM   WhatsApp Image 2023 12 12 at 3.30.40 PM   WhatsApp Image 2023 12 12 at 3.30.40 PM 1   WhatsApp Image 2023 12 12 at 3.30.41 PM

 

hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON