24
Wed, Apr

GAGAL KE SEBERANG, BOT FIBER DITAHAN KERANA MENGALAMI KEROSAKAN

PELABUHAN KLANG, 9 Disember – Disebabkan tiang layar patah, sebuah bot fiber berwarna kuning ditahan Maritim Negeri Selangor sejurus memohon bantuan pihak agensi di sekitar perairan Pulau Carey, malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, bot fiber yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu ditahan sejurus mendapat maklumat daripada Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru di kedudukan sekitar tiga batu nautika barat daya Tanjung Rhu, Pulau Carey.

Hasil pemeriksaan awal mendapati, bot fiber itudikendalikan seorang warga China berumur 45 tahun, disyaki dalam perjalanan menuju ke Perairan Indonesia.

Pemeriksaan lanjut ke atas dokumen mendapati, suspek gagal mengemukakan lesen bot dan disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana keluar dari Malaysia secara tidak sah.

Suspek dan bot diiring ke jeti Marina, Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.

Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

BOT FIBER KUNING   BOT FIBER KUNING 2
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON