29
Fri, Mar

CARILAMAT | HARI PERTAMA : SEORANG NELAYAN WARGA THAILAND HILANG DISYAKI JATUH LAUT

PASIR PUTEH, 8 Disember – Maritim Negeri Kelantan telah menerima aduan kejadian seorang kru bot nelayan tempatan bernombor KNF 11 dikhuatiri jatuh laut ketika sedang menangkap ikan berdekatan dengan Pulau Perhentian malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi berkata, Operasi CARILAMAT diaktifkan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan pada jam 11.15 malam dengan mengatur gerak dua aset iaitu Bot Maritim PERKASA 1247 dan KILAT 17 ke tempat kejadian selain hebahan kepada komuniti nelayan tempatan.

Mangsa hilang ialah lelaki warga Thailand, Bhunti, 45, kali terakhir dilihat memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek berwarna khaki.

Berdasarkan keterangan Tekong, ketika sedang menangkap ikan kira-kira 17 batu nautika dari Pulau Perhentian, kelima-lima kru masih berada di atas bot namun mangsa disedari hilang ketika bot berada di posisi kira-kira 13 batu nautika dari Pulau Perhentian.

Sehingga kini, aset Maritim Malaysia masih melaksanakan Operasi CARILAMAT di lokasi pencarian namun masih tidak menemukan sebarang petanda.

Keadaan laut yang bergelora dan angin kencang di lokasi pencarian turut sedikit sebanyak menjejaskan operasi. Sekiranya tiada sebarang penemuan pada hari ini, Operasi CARILAMAT akan ditangguhkan pada jam 7.00 malam dan bakal disambung pada jam 7.00 pagi esok.

Sebarang maklumat dan aduan mengenai jenayah atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-7780070 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

 

CARILAMAT THAILAND 3   CARILAMAT THAILAND 4
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON