23
Tue, Apr

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA KEDUTAAN DIRAJA THAILAND DAN KEDUTAAN BESAR JEPUN

PUTRAJAYA, 22 November – Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid bin Haji Mohd Amin menerima kunjungan hormat daripada Kedutaan Diraja Thailand dan Kedutaan Jepun yang bertujuan untuk memperkukuhkan jaringan kerjasama strategik dalam soal keselamatan maritim sejagat.

Kunjungan hormat pertama adalah daripada Atase Kelautan Kedutaan Diraja Thailand, Kepten Jirapong Apichatwong RTN, Manakala kunjungan hormat kedua pula adalah daripada Duta Besar Jepun, Tuan Yang Terutama Katsuhiko Takahashi yang berlangsung di Pejabat Ketua Pengarah Maritim Malaysia.

Menerusi kedua-dua pertemuan tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan isu-isu keselamatan serantau. Antara lain ialah kerjasama dalam pembangunan modal insan dan kapasiti Maritim Malaysia termasuk memperkasakan Akademi Maritim Sultan Ahmad (AMSAS) sebagai Centre of Excellence dalam bidang Penguatkuasaan Maritim dan CARILAMAT di Asia Tenggara.

Turut serta dalam kedua-dua pertemuan kunjung hormat tersebut ialah Pengarah Bahagian Perancangan Strategik & Antarabangsa Maritim Malaysia dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Kepten Maritim Shah Rulashari bin Ahmad Omar dan Kepten Maritim Mohd Suharto bin Mat Said serta Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli.

 

KUNJUNGAN HORMAT   KUNJUNGAN HORMAT 5   KUNJUNGAN HORMAT 8   KUNJUNGAN HORMAT 9
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON