16
Tue, Apr

MESYUARAT JAWATANKUASA KERJASAMA ANTARA AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA DAN TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA BIL 15/2023

PUTRAJAYA, 3 November – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Kerjasama (JKAT) antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan Tentera Laut Diraja Malaysia telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya pada 2 November 2023 (Khamis).

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Hamid bin Mohd Amin bersama Laksamana Madya Dato’ Zulhelmy Bin Ithnain, Timbalan Panglima Tentera Laut (TPTL).

Objektif Mesyuarat antara kedua-dua perkhidmatan ini bertujuan untuk mengkaji, merancang serta mengemaskini segala perkara dasar, aktiviti operasi dan eksesais bersama.

Untuk rekod, pada tahun 2023 APMM dan TLDM telah melaksanakan EKSESAIS SAMUDERA PERKASA TIMUR yang julung kalinya diadakan berlangsung pada 22 hingga 25 Ogos 2023 melibatkan Maritim Negeri Sabah dan Markas Pemerintahan Armada Timur manakala EKSESAIS SAMUDERA PERKASA BARAT pula telah memasuki siri ke-6 dan telah diadakan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan Markas Wilayah Laut 1 bermula pada 17 hingga 23 Oktober 2023.

Kedua-dua Eksesais berkenaan telah diadakan di perairan Laut China Selatan.

Melalui kerjasama ini diharapkan sebarang isu berkaitan keselamatan dan kedaulatan negara dapat ditangani bersama.

 

IMG 4084   IMG 4092   IMG 4141   IMG 4146
hrmis JPA kkdnlogo KSN logo mampu MDEC MyGov SPA tourism malaysia cropped logo SPRM AMSAS
 
APLIKASI ICON    KERJAYA ICON BLUE   ONLINE SISTEM ICON    SEAHAWK ICON BLUE    VIDEO ICON   VIDEO MEDIA BLUE   VIDEO ICON